Tips Kurus Dengan Sarapan Telur kerana ia rendah kalori, tinggi nutrisi seperti protein dan vitamin yang meningkatkan metabolisme anda! Trend masa kini ramai hanya memilih telur separuh masak atau telur rebus sahaja

Paling mudah cara sajian telur anda dengan cara di goreng. Gunakan kuali tidak melekat utk kurangkan tambahan minyak. Ada yg suka telur digoreng masak sepenuhnya atau separuh masak atau digoreng hancur

Menurut kajian, pengambilan telur dalam sebahagian diet yang seimbang boleh berikan banyak manfaat kesihatan. Untuk tips kurus yang berkesan harus beringat, telur kuning lebih tinggi kalori berbanding yg putih. Contoh 1 biji telur 70kcal, putih baru 20kcal tapi kuning cecah 50kcal

1 biji telur 70kcal, putih baru 20kcal tapi kuning cecah 50kcal

So Coach cadang, setiap 2-3 biji telur mkn 1 shj dah ler yg kuning
Tips Kurus juga kerana telur mudah dan cepat disediakan. Ia menjadi pilihan makanan sumber protein harga berpatutan

Tips Kurus Diet Telur bermakna ia diet rendah karbohidrat (bukan diet Atkins)

Pelbagai jenis masakan telur yang anda boleh cuba untuk variasikan penyediaan sarapan pagi

Tips Kurus Diet Telur ialah salah satu daripada beberapa makanan yang harus diklasifikasikan sebagai ‘superfoods’ dan ia sarat dengan nutrien membantu mengurangkan berat badan tanpa mengorbankan protein yang diperlukan untuk membina otot. Diet jenis ini menekankan penggunaan telur sebagai sumber utama protein.

Telur yang mempunyai kandungan Omega 3 tinggi adalah baik untuk kesihatan jantung

Dalam satu kajian di Amerika Journal of Nutrition Clinical, kajian menunjukkan bahawa diet protein yang tinggi membantu pengamal diet berasa kenyang dan ini membantu menurunkan berat badan. Telur juga merupakan sumber protein yang baik dan mengandungi vitamin dan mineral yang penting, termasuk vitamin B-12, vitamin D, dan zat besi.

Kesimpulan Tips Kurus Makan Telur

Walaupun telur mengandungi nutrien penting dan penurunan berat badan mungkin berlaku, tetapi diet telur mungkin bukan pendekatan terbaik untuk menurunkan berat badan.

Walaupun seseorang itu berjaya menurunkan berat badan, mereka tidak mungkin mengekalkan diet yang ketat ini untuk jangka panjang, jadi mereka dengan mudah akan naik semula berat badan yang telah hilang. Diet tidak seimbang juga boleh menyebabkan sesetengah orang keletihan dan lembap (tidak aktif) sepanjang hari kerana sekatan karbohidrat.

Anda boleh juga layari bacaan lanjut tentang Tips Kurus Dengan Telur ini dari tulisan Mingguan Wanita dengan KLIK di sini.

Tips Kurus yang lebih berkesan, selamat dan berkekalan harus dibuat dengan ILMU. Melakukan seorang diri lebih mencabar, kerana itulah Coach Anuar menawarkan khidmat nasihat secara ONLINE Coaching untuk anda konsisten melakukan transformasi diri anda hingga capai berat yang anda impikan!

Layari website saya www.anuarmahadzir.com atau KLIK di sini untuk akses TIPS KURUS dan maklumat Program Misi Kurus Online saya. Terima Kasih

Leave a comment